BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

salam

welcome

Wednesday, September 7, 2011

alhamdulillah,daku dikurnia teman yg baik..,

ya Allah,dlm daku mncari teman sjati impian di hati....ku tmpuhi plbagai ujian n dugaan.daku x prnh bosan n putus asa wlupun pnuh dgn rintangan.daku tekadkn hati ini supaye trus brdoa n doa pd Mu Ya Rabb.semoga prjalanan segala cerita dulu dlm mncari teman sejati Dikau Ya Allah ampunkanlah segala kesilapan n salah hamba atas segala dosa2 yg trlalau meninggi,malah lebih hebat dari tingginya langit yg x dapat dicapai dek tangan yg trbatas penggunaannya.Ya Allah..tika daku tlh pun berkeyakinan sekarang ini kerana telah pun temui teman yg baik,jgnlah engkau tarik nikmat kebahgiaan ini sehinggalah hamba bersama dgnnya mnjadi pasangan yg sah n kau redhoi..n sehinggalah diri ini dikau memanggil mghadap mu di alam yg sebenarnya...redhoilah kami mnjadi pasangan yg mndpt redho mu Ya Zaljalaliwal ikram..

Tuesday, April 12, 2011

Allah Sebaik Perancang..

Dialah sebaik perancang.ku akan menyahut seruanNya utk menjadi tetamuNya.Ya Rahman,kau ikhlaskanlah hatiku sepenuhnya dalam mencari redhoMu n taufikMu.tenangkanlah diri ini sebaiknya.Kau sebaik perancang dalam kehidupan ini tika kita sudah merancang dan menjadualkan sesuatu perkara tersebut.Ya Rahim,terimalah hamba tika Mu menyeru ku menjadi tetamu Mu


Thursday, March 10, 2011

permaisuri hAtiKU

permaisuri hatiku...mencari permaisuri hidup bukanlah mudah,banyak dugaan,cabaran,rintangan,liku-liku mencari seorang permaisuri.ketahuilah,amat sangat indah apabila seorang perempuan telah pun bergelar sebagai isteri.ia telah pun menjadi permaisuri hati suaminya.alangkah berbahagianya isteri apabila taat kepada suaminya yang tidak ingkar kepada arahan ALLAH.ganjaran syurga baginya.pilihlah syurga yang mana kamu mahu..

indahnya menjadi permaisuri suami dan taat kepada suami serta arahan-arahan ALLAH S.W.T...

Saturday, February 26, 2011

sedih hatiku

pilu hati ini...tatkala ku tahu keperitan seseorang yang ku sayangi tadi..hiba hatiku di bawah satu hati bersama hatinya..jauh harapan ku,bukan hanya mainan jiwa ini.baru ku sedar kenapa dia mahu sgt menyumbang darahnya..hari ini ku dapat jawapannya..semoga ku jadikannya sebagai pengajaran n nasihat dari dia buat diri ini..

indahnya bercinta disulam madu nur ilahi

tatkala kita bercinta,pernahkah kita memikirkan cinta bersulam nur ilahi?tidak kan..kerana kita dibuai rasa cinta dunia n cintakan orang yang disayangi.cinta bersulamkan madu nur ilahi lebih manis dari madu yang dapat mengubati penyakit.ini kerana Islam telah mengajar kita putik2 cinta mencintai kerana ilahi demi mencapai keredoan-Nya.cinta mencintailah seperti idola kita nabi Muhammad s.a.w yang mana membawa kebahagiaan diri,keluarga,masyarakat,dunia malah di akhirat sana..cinta,lebih hebat dari madu..jd sulamilah ianya dengan madu2 nur ilahi..

Saturday, January 23, 2010

Suara Wanita. Adakah Aurat Disisi Islam?

assalamualaikum warahmatullah. alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam. salam dan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, ahlul bait seterusnya sahabat-sahabat sekalian.

pertamanya, marilah sama-sama kita merafakkan syukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi dikurniakan pelbagai nikmat yg ttidak dapat dikira tanpa sesen pun dicas oleh Allah SWT. pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan saudara/i mengenai adakah suara wanita dikira sebagai aurat.

Suara wanita pada asalnya tidaklah aurat. Dalam keadaan normal dan aman dari fitnah, harus seorang wanita bercakap dengan lelaki dan harus lelaki mendengar suaranya sama ada berurusan jual-beli, mengajar, menyampaikan taklimat, menjawab telefon atau sebagainya. Pada zaman Nabi s.a.w., wanita-wanita sahabat bercakap dengan Nabi s.a.w. dan bertanya baginda tentang urusan-urusan agama yang bersangkutan dengan mereka. Selain itu, mereka juga bercakap dengan kaum lelaki (di kalangan sahabat) apabila ada keperluan dan tidak pernah Nabi s.a.w. melarang mereka.

Anas r.a. menceritakan; Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahi beliau sebagaimana Rasulullah selalu menziarahinya sebelum kewafatan baginda. Sampai di rumahnya, mereka dapati beliau menangis. Mereka berdua bertanya; “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulullah s.a.w..”. Ummu Aiman menjawab; “Aku menangis bukan kerana tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi baginda, akan tetapi aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit (dengan kewafatan baginda)”. Jawapan Ummu Aiman menyebabkan Abu Bakar dan Umar terharu dan turut menangis bersamanya (HR Imam Muslim). Imam Nawawi tatkala mengulas hadis ini, beliau menegaskan –antaranya-; di dalam hadis ini (terdapat dalil menunjukkan) keharusan kumpulan orang lelaki menziarahi perempuan yang solehah dan mendengar ucapannya” (Syarah Soheh Muslim, juz. 16, kitab Fadhail as-Sohabah…).

Suara perempuan hanya akan menjadi aurat apabila dilemah-lembutkan atau dengan nada memujuk-rayu dan memikat. Ini sebagaimana yang ditegah Allah dalam firmanNya (yang bermaksud);

“…janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. (al-Ahzab; 32)

Menurut Imam Ibnu Kathir, ayat ini bermaksud; seorang wanita hendaklah jangan bertutur dengan lelaki-lelaki asing (yakni yang bukan mahramnya) dengan suara yang dilemah-lembutkan, yakni suara sebagaimana ia bertutur dengan suaminya”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir, oleh; Ahmad bin Sya’ban bin Ahmad dan Muhammad bin ‘Iyadi bin Abdul-Halim.
2. al-Fatawa, Syeikh ‘Athiyah Saqar, 2/177-178.
3. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 721.
4. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi